Sunday, February 11, 2007

Hikmah 5 Jari

Berbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di balik jari anda yang lima. Coba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia kedepan dalam keadaan terbuka. Renungkan dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian letakkan jari itu di atas meja, perhatikan. Mulai dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa saja akan bermula dari kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa saja yang dilakukan mesti dimulai dari kecil. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa depan.

Naikkan ke-jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apalagi kiranya disarungkan dengan sebuah cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cobaan dan rintangan. Hanya iman dan taqwa menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik ke-jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerja yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati karena di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal menjaga emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan ide berlian dan fikiran yang hebat.

Terakhir, ibu jari. Besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. seperti kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, niscaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahasia kejayaan anda.

Akhirul kalam, coba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renungkan dan fikirkan dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

No comments:

sebuah renungan

Dan apa bila segala hal seperti menentang Anda, seperti menghalangi Anda, seperti memberatkan diri Anda, seperti membebani Anda, ingatlah bahwa Anda telah diberikan kekuatan yang sangat luar biasa oleh Allah, di mana saat ini semua tinggal terserah Anda mau memanfaatkannya atau tidak. Jika mau maka kekuatan yang Anda miliki insya Allah cukup.